Kamis, 06 Januari 2011

Bahaya Syi'ah

Bahaya Syi'ah

Bagaimana kedudukan orang-orang Syi’ah sebenarnya?
Jika yang dimaksudkan adalah kedudukan Mazhab Syi’ah di sisi Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, maka Mazhab Syi’ah berada di luar Mazhab Ahl al-Sunnah. Walaupun begitu pengikut Mazhab Syi’ah terbagi kepada 3 kategori:
Pertama adalah mereka yang ikhlas dan jujur di dalam beragama. Akan tetapi kerana sebab-sebab yang tidak disengaja, maka tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenarnya, melainkan ajaran yang diikuti secara turun temurun. Mereka ini seperti orang yang duduk di pedalaman, tidak tahu membaca, menulis dan sebagainya. Bagi kategori ini kita serahkan kepada Allah hukumnya, di waktu yang sama perlu disampaikan dakwah yang hak kepada mereka.
Kedua adalah mereka ikhlas lagi jujur di dalam berpegang kepada Mazhab Syiah kerana memiliki beberapa dalil dari sumber al-Qur’an dan al-Sunnah. Akan tetapi mereka tidak memiliki ilmu yang mendalam untuk menilai dalil-dalil tersebut dari sudut kaidah usul yang sebenar, seperti darjat sanad hadis, maksud matan hadis dan tafsiran ayat. Dalam arti kata lain mereka memiliki dalil tetapi keliru dalam pemahamannya. Bagi kategori ini, sekali lagi kita serahkan kepada Allah, di waktu yang sama perlu tetap berkerja keras menerangkan yang hak kepada mereka.
Ketiga adalah mereka yang terdiri daripada para ilmuan Mazhab Syiah dan mengetahui secara mendalam segala kaedah usul dalam berinteraksi dengan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Akan tetapi kerana sebab-sebab nafsu dan kepentingan duniawi, mereka tetap berkeras menolak kebenaran, bahkan diwaktu yang sama tetap berkerja keras menyebarkan kebatilan. Bagi kategori ini mereka dihukum sesat dan wajib bagi kita memberitahukan kepada orang lain akan kesilapan dan kesesatan mereka agar orang awam tidak terpengaruh dengan ajaran mereka.
Untuk lebih jelasnya, aliran Syi’ah bisa dibagi dalam beberapa kelompok:
1. Syi’ah Tafdhiliyyah
Syi’ah ini mengutamakan Ali r.a., temasuk juga Utsman r.a. (tidak termasuk Abu Bakar dan Umar r.a.), daripada sahabat-sahabat yang lain. Mereka tidak mengkafirkan, memaki atau menaruh kebencian terhadap sahabat-sahabat lainnya.
2. Syi’ah Saba’iyyah
Ini merupakan Syi’ah yang memaki dan mengkafirkan kebanyakan para sahabat, kecuali sebagian kecil dari mereka, seperti Salman al-Farisi, Abu Dzar, Miqdad dan ‘Ammar bin Yasir r.a. Selain itu mereka juga berkeyakinan tentang raj’ah (kebangkitan semula Ali dan para imam sebelum qiamat untuk menjalankan hukuman ke atas orang-orang yang menyelewengkan agama yang sebenarnya di permulaan Islam).
3. Syi’ah Ghulat
Syi’ah ini mempercayai ketuhanan Ali r.a disamping kepercayaan-kepercayaan kacau lain yang terdapat didalamnya. Syi’ah Ghulat ini terbagi kepada 24 golongan, diantaranya adalah:
  • Syi’ah Mufadhdhaliyyah
  • Syi’ah Sarighiyyah
  • Syi’ah Janahiyyah
  • Syi’ah Bayaniyyah
  • Syi’ah Imamiyyah
  • dll
Kemudian Syi’ah Imamiyyah dibagi pula kepada 39 golongan diantaranya:
  • Syi’ah Imamiyyah al-Hasaniyyah
  • Syi’ah Imamiyyah al-Baqiriyyah
  • Syi’ah Imamiyyah al-Itsna ‘Asyariyyah
  • Syi’ah Imamiyyah asy-Syaitaniyyah
  • Syi’ah Imamiyyah as-Salimiyyah
  • Syi’ah Imamiyyah al-Isma’iliyyah
  • dll
Yang menjadi sorotan ketika membahas Syi’ah sebenarnya adalah Syi’ah Imamiyyah Itsna ‘Asyariyyah. Kenapa? Karena Syi’ah aliran inilah yang sering dibahas dan dikritik oleh para ulama di mana saja dan kapan saja. Alasan lainnya adalah karena banyaknya jumlah mereka dan makin meningkatnya kepopuleran mereka terutama setelah terjadinya revolusi Iran.
Syi‘ah Imamiyyah Itsna ‘Asyariyyah adalah Syi‘ah yang mempercayai keimaman dua belas orang imam secara berturut seperti di bawah ini:
  1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
  2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
  3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
  4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
  5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
  6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
  7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
  8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
  9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
  10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
  11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
  12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)
Mereka percaya Imam Kedua Belas telah ghaib dan dia akan muncul kembali ke dalam masyarakat setelah dunia ini dipenuhi dengan kezaliman dan kekacauan. Mereka juga percaya kepada al-bada’, ar-raj‘ah, tahrif al-Qur’an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, ‘ismah para imam dan lain-lain. Biasa juga Syi‘ah ini disebut sebagai Syi‘ah Imamiyyah atau Ja‘fariyyah sahaja. Syi‘ah ini juga dikenali sebagai Rafidhah kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.
A. Penyelewengan Dari Sudut Aqidah
  • Imam adalah maksum.
  • Kemunculan semua Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
  • Berpura-pura.
  • Saidina Ali sama tarafnya dengan Allah S.W.T.
  • Menghalalkan nikah Mut’ah.
  • Khalifah diwasiatkan secara Nas.
  • Ilmu Allah berubah-ubah mengikuti suatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
  • Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi ali-Muntazar.
  • Mengkafirkan para sahabat Rasulullah s.a.w.
  • Menambah syahadat.
  • Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith Mutawatir.
B. Penyelewengan dari Sudut Syariat
  • Menolak Ijmak Ulama.
  • Menolak Qias.
  • Mengamalkan Nikah Mut’ah.
  • Menolak ‘aul dan mendahulukan Qurabah dari Asobah dalam masalah Pusaka.
  • Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah.
  • Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna.
C. Penyelewengan Umum
  • Menziarahi kubur Saidina Hussain, ganjaran syurga.
  • Menyiksa tubuh badan dalam rangka 10 Muharram.
Menyiksa tubuh
  • Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi s.a.w. iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
  • Membolehkan jamak sembahyang dalam semua keadaan.
  • Sembahyang Dhuha adalah haram.
  • Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.
  • Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
  • Islam bukan syarat wajib haji.
  • Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.
Masalah Aqidah Syi’ah
Baiklah kita akan membahas masalah aqidah mereka serba sedikit. Secara umum aqidah Syi’ah bisa dibagi menjadi dua bagian:
Pertama: Aqidah yang didiamkan
Aqidah ini adalah dasar kepercayaan yang ada dalam sumber-sumber Syi’ah tapi tidak disebut lagi pada saat ini dikarenakan:
  1. Kepercayaan tersebut tidak menjadi kesepakatan di kalangan tokoh-tokoh Syi’ah terutama Syi’ah Itsna Asyariyah.
  2. Kepercayaan tersebut tidak mewakili aliran utama Syi’ah, tapi hanya dianut oleh segelintir Syi’ah ekstrim.
  3. Kepercayaan tersebut hanya amalan tradisi masyarakat Syi’ah bukan berdasarkan hujah atau pandangan para tokoh Syi’ah.
Ciri-ciri aqidahnya adalah:
1. Tahrif al-Quran. Maksudnya al-Qur’an yang ada sekarang tidak asli lagi. Al-Quran yang asli adalah yang berasala dari penjagaan Fatimah r.a (Mushaf Fathimah).
2. al-Bada’ yang bermaksud mengetahui tentang sesuatu yang sebelumnya tidak diketahui. Kata mereka Tuhan bersifat al-Bada’, sehingga Dia mungkin menetapkan sesuatu lalu menukar ketetapan itu.
3. Raj’ah. Maksudnya orang yang mati akan kembali hidup di dunia ini sebelum hari Kiamat. Apabila Imam Mahdi muncul, sebagian pengikutnya yang telah mati akan hidup kembali dan berjuang bersama Imam Mahdi.
4. Taqiyyah. Maksudnya berpura-pura. Sikap ini merupakan strategi para tokoh Syi’ah masa lalu untuk menghadapi kezaliman orang yang membenci mereka. Pada saat ini, strategi ini jarang diamalkan oleh Syi’ah kontemporer, bahkan mereka tidak segan-segan mendakwahkan ajaran syi’ah kepada orang lain.
5. Jelmaan Tuhan. Serpihan Syi’ah yang bernama al-Qaramitah yakin bahwa Ali bin Abi Thalib r.a. merupakan penjelmaan Allah di muka bumi. Ada juga aliran al-Khaththabiyah yang percaya bahwa Ja’far al-Sadiq adalah penjelmaan Allah di muka bumi. Kedua aliran ini tidak mewakili aliran utama Syi’ah dan telah lenyap pada saat ini.
6. Jibril Tersilap. Aliran ini percaya bahwa Jibril a.s. salah menurunkan wahyu pertamanya. Harusnya diturunkan kepada Ali bin Abi Thalib, tapi malah tersasar kepada Muhammad. Aliran yang bernama al-Ghurabiyah inipun sudah hilang.
Kedua: Aqidah yang ditonjolkan
Ini merupakan aqidah Syi’ah sejak jaman dulu hingga sekarang.
1. Aqidah al-Takfir yaitu yakin bahwa mayoritas sahabat dan umat Islam telah kafir karena tidak meyakini konsep al-Imamah yang di bawa oleh Syi’ah. Syi’ah menganggap jabatan al-Imamah serupa dengan jabatan kenabian (al-Nubuwah). Aqidah al-Takfir inilah merupakan pemisah utama antara Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dan Syi’ah.
Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah menyayangi dan menghormati para sahabat dan meletakkan sebagai salah satu dasar aqidah karena:
  • Para sahabatlah yang telah mengorbankan jiwa, harta dan keluarga mereka untuk berjuang bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga Islam tegak di muka bumi ini.
  • Para sahabat jugalah yang telah mengorbankan kenikmatan hidup dan janji syurga untuk keluar dari Kota Madinah setelah kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam demi menyampaikan Islam kepada orang lain sehinggalah ia sampai ke dada kita sekarang ini. Tanpa para sahabat, kita semua entah masih menyembah manusia, patung, pokok dan sungai.
Maka atas dasar ini, barang siapa di kalangan umat Islam yang mengikuti aliran Syi‘ah atau paling kurang bersimpati terhadap Syi‘ah, berarti dia telah mengabaikan keseluruhan pengorbanan yang pernah dilakukan oleh para sahabat radhiallahu ‘anhum. Padahal dirinya sendiri, jika diminta satu pengorbanan yang amat kecil sekalipun demi agama dan umat, niscaya akan keberatan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Tidak sekadar itu, dia juga telah mengabaikan sekian banyak ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mempersaksikan pengorbanan dan jasa para sahabat.
2. Aqidah al-Quburiyyun yaitu menjadikan kuburan sebagai pusat aktifitas beribadah karena yakin dengan beberapa keistimewaan dan kemujarabannya. Terhadap kubur, Islam melarang menjadikannya sebagai pusat aktivitas kecuali sekedar solat jenazah dan mendoakan jenazah kerana dua yang terakhir ini memiliki dalil daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Oleh karena itu, Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah tidak melaksanakan ibadah apa saja di kawasan perkuburan seperti solat, iktikaf, membaca al-Qur’an, berzikir dan berdoa kecuali apa yang sabit daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu solat jenazah dan doa kepada jenazah. Berbeda dengan Syi‘ah, mereka menganggap kawasan perkuburan, terutama kuburan para imam dan tokoh mereka, adalah kawasan yang memiliki keberkatan yang patut dimuliakan. Dengan itu, mereka juga menjadikan ia tempat beribadah.
Bagaimana cara mendekatkan Syi’ah dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah?
Syaratnya adalah:
  1. Syi’ah menghentikan cacian mereka kepada semua sahabat radhiallahu ‘anhum.
  2. Syi’ah berhenti memperalatkan sebagian ayat-ayat dan hadis-hadis yang kononnya telah menetapkan Ahl al-Bait radhiallahu ‘anhum sebagai Imam (al-Imamah) bagi umat Islam.
  3. Syi‘ah berhenti daripada menyebarkan kisah-kisah sejarah yang palsu berkenaan kezaliman dan kejahilan tiga khalifah yang pertama: Abu Bakar al-Shiddiq, ‘Umar al-Khaththab dan ‘Usman ibn ‘Affan radhiallahu ‘anhum.
  4. Para tokoh Syi‘ah memastikan ketiga-tiga syarat di atas dilaksanakan oleh semua pengikut Syi‘ah, daripada khatib kepada penceramah, daripada penulis buku kepada penulis blog.
Kenapa aliran Syia’h semakin meluas?
Salah satu alasannya adalah ketidak-tahuan umat Islam terhadap aliran Syi’ah. Mereka menganggap adalah salah satu dari mazhab Islam seumpama Mazhab al-Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hambali. Maka perlu diterangkan bahawa Syi‘ah ialah satu aliran yang menyangkut dasar-dasar agama manakala mazhab yang empat hanyalah berkaitan hukum fiqh, di mana dasar-dasar agama bagi keempat-empat mazhab tersebut adalah tetap sama.
Referensi:
  1. Syi’ah Rafidah Di Antara Kecuian (Kelalaian) Ulama dan Kebingungan Ummah
    Oleh: Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff
  2. Bahaya Syi‘ah Kepada Umat Islam (http://hafizfirdaus.com/content/view/166/1/)
  3. Bahaya Syi’ah (http://www.darulkautsar.com/article_cat.php?CategoryID=93)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar